Kenali Saya Ejen Cuckoo Johor Bahru Yang Sedia Berjumpa Anda Di Rumah Atau Di Mana-Mana Sahaja

Assalamulaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda pelawat blog Cuckoo saya ini. Saya Muhammad Rais Bin Mohd Rasid, tuan puan boleh panggil saya Rais sahaja atau nama glamor saya iaitu Rais. Sama je takda beza ๐Ÿ˜ Saya adalah ejen penjual produk Cuckoo yang berdaftar dan menetap di Skudai Johor Bahru. Sudah berkeluarga dengan anak 3. Saya adalah ejen Cuckoo sepenuh masa, pemandu Grab separuh masa dan pembantu jualan Shaklee wife saya separuh masa ๐Ÿ˜„



Salah satu lokasi booth saya adalah pasar tani

Suka saya mulakan celoteh saya ini dengan kisah bagaimana jodoh saya dan Cuckoo ini bersilang seterusnya tersimpul rapi. Cewah ๐Ÿ˜Š Saya tanya tuan puan yang mungkin secara sengaja atau secara tak sengaja membaca entri pertama blog saya ni. Pernahkah timbul kesedaran dalam diri tuan puan yang kita perlu memilih meminum air bertapis berbanding air paip tak bertapis? Jika pernah, apa yang trigger kesedaran tersebut? Tuan puan jawab dalam hati je la ye sebab kalau sebut pun bukan saya dengar dari sini. hihihi

Kesedaran saya timbul ketika berada dalam tandas. Bagaimana? Biasa kalau kita tadah air paip, kita nampak jernih suci je air tu. Sebab kita nampak zahir je. Yang secara mikroskopiknya kita tak nampak. Saya sedar air paip saya tak berapa nak bersih apabila melihat air dari toilet bowl tu agak kekuningan apabila reserve tangki pada level minimum. Kira time bekalan air terputus la. So it come to sense yang air paip ni walaupun nampak jernih tapi sebenarnya ianya bercampur tanah dan karat dari paip paip besar bawah tanah.


Air paip kuning kerana bercampur tanah, pasir dan karat. Ianya termendak di dalam tangki
Sejak tu saya tak minum aip paip dari rumah saya dah. Saya akan ambil air minum dari mesin vending air yang masuk duit sepuluh sen dapat 500ml tu. Ala mesti korang tau kan? Yang banyak depan-depan kedai tu. Seminggu 2 ke 3 kali juga la ke mesin air. Bawa botol yang 5 liter tu 2 ke 3 tong sekali jalan. Siapa yang pernah buat macam ni mesti rasa penat dan leceh kan? Nak air sejuk kena simpan dalam peti sejuk. Nak air panas kena la jerang atas api dulu. Turning point bila saya tahu jenama vending machine Dr Su***a dah tutup company dia sejak 2016. Ada usahawan yang tak pulang mesin dan masih collect duit sedangkan filter entahkan ganti entahkan tidak.

Nak dijadikan cerita tak lama lepas tu mak saya pasang penapis air Cuckoo kat rumah model Icon. Model ni canggih. Guna touch panel maknanya takda mechnical button la. Ada suara perempuan yang bercakap tiap kali kita guna dan pilih air apa. Time ni teruja la sebab dalam family kami belum ada yang pasang penapis air kat rumah. Tak lama lepas tu adik kedua saya pula pasang model Fusion top. Tak lama lepas tu adik ke lima saya pula pasang model Icon sama seperti mak saya. So waktu ni aura Cuckoo dah melekat kat keluarga saya dan saya ambil keputusan untuk sama-sama juga memiliki penapis air Cuckoo ni di rumah..hihihi
Penapis air mak saya model Icon. RM120 sebulan. Paling canggih
Waktu ni adik ke lima saya dah berkerja sebagai Natural Doctoress Services . Staf yang akan buat servis berkala ke rumah-rumah pelanggan Cuckoo ni. So saya bagitau kat dia saya nak beli dan dia pass order saya ke manager dia. Saya kat JB tetapi ejen tu di Melaka. Dia cuma minta maklumat diperlukan untuk kontrak dan dokumen yang diperlukan cuma muka depan  IC dan kad bank sahaja. Dua hari kemudian Cuckoo buat deduction dari bank saya sebagai last installment untuk kontrak tersebut untuk pengaktifan akaun. Kenapa ianya installment bulan terakhir? Sebab bulan pertama kita guna belum cukup 30 hari. So ianya tak dikira dan Cuckoo bagi pakai free je bulan pertama tu ๐Ÿ˜ŠBeberapa hari selepas tu technician Cuckoo datang untuk memasang. Dia datang pasang free je. Saya tak perlu bayar apa-apa pada dia.

Lepas tu saya terfikir. Mudah juga jual Cuckoo ni rupanya. Guna whatapps je boleh jual beli tanpa perlu bersemuka. Saya try tanya adik saya berapa komisen kalau jual Cuckoo ni. Basically ada 3 jenis komisen. Tapi bila start jual ni komisen asas setiap unit jualan ejen sebulan ansuran produk jika ansuran atau 10% jika tunai. Secara ringkasnya jual 5 unit sebulan dapat RM1000, jual 10 unit sebulan dapat RM4000 dan seterusnya. Tak perlu fikir panjang saya pun mendaftar sebagai ejen sah Cuckoo. Ia dikenali sebagai Cuckoo Natural Executive. Ni gambar saya dekat agensi Cuckoo di Melaka.





Selain online saya juga booth untuk mudahkan orang ramai mendaftar Cuckoo. Ye la tak semua orang tahu guna internet kan? Pakcik makcik kalau ada facebook pun mereka lebih yakin untuk beli bila face to face. Betul?



So jika anda semua mahu memasang penapis air atau penapis udara di rumah bolehlah berurusan dengan saya. Saya adalah ejen Cuckoo anda yang boleh dipercayai. Beli melalui saya, saya akan singkap rahsia bagaimana nak jimat beli Cuckoo ni.


Hubungi kami. Klik je link
Rais Cuckoo
016-7114304

0 comments:

Post a Comment